Assalammualaikum semua , Ingat lagi tak ada pernah sekali Ana kata nak pergi ke Desaru dan Ana akan updatekan kat sini tapi selepas tu terus tak ada khabar dari Ana kan? Memang Ana jadi pergi oleh kerana Ana dah kerja Ana tak dapat update. Dan kerja Ana Alhamdulillah , Ana suka dengan kerja ini dapat sholat , dapat pergi ngaji kerja barokah ni . Insyaallah Ana akan uploadkan gambar - gambar yang diDesaru . Seronok , tapi balik terus semua flat. Di desaru air berombak besar tenang . Try lah ke sana Insyaallah happy punya . ok lah sampai disini sahaja lah Ana nak update blog lagi satu jumpe lagi .. Assalammualaikum semua ... senyum -senyum selalu
Friday, December 28, 2012
Tuesday, December 4, 2012
Ke desaru lagi
Assammualaikum Semua , Hari ini Ana, adik dan ibu akan ke desaru yeah!!! Ana dapatke sana lagi yeah .... tapi kali ini ana tak tidor sana dan lagi berapa jam sahaja kita akan berangkat ke sana . Dan Ana tak tidur satu malam ni dan sekarang dah gantuk ....juga tak sabar nak update ini biler balik nanti dan Ana akan upload gambar gambar ok lah sampai jumpai lagi .Assalammualaikum wr rb senyum-senyum selalu daaaaaas
Tuesday, November 13, 2012
Assalammualaikum semua , Hari ini nak britahu kepada semua yang Ana sedang memikirkan apa yang harus Ana type disini kalau dilaman Ana yang lain Ana tahu apa yang Ana , tapi tak pe Ana akan muatkan apa yang didalam fikiran Ana saat ini .oh ya baru Ana tahu apa Ana nak dan harus type kan di dalam laman ini .Tetapi ini hanya sekadar hilang kan boring sahaja . Hari ini adik Ana telah membuka youtube semua yang cover sibging sampai iya Membuat An teringat dulu Ana pun sering membuat video di youtube sekarang dah tak kerana ada sebab tertentu lah kan .oklah sampai disini sahaja lah ok senyu-senyum selalu. ASSALAMMUALAIKUM wr rb
Friday, September 14, 2012
Assalammualaikum semua apa khabar, Ana harap semua sihat- sihat . Hmmm ... lama Ana tak update kat di laman blog Ana yang ini . Dalam kali ini Ana nak cerita yang Ana ada balik kampong baru- baru ini memmanglah beberapa bulan lepas Ana balik Kampong tapi tu bukan Hari Raya dan kali ini Ana balik untuk Beraya dan kali ini satu keluarga balik kampong seronok ... hehe . Nanti INSYAALLAH Ana akan uploadkan gambar -gambar yang telah Ana petik dan video yang telah Ana rakamkan . Rasa tak sabar nak balik kampong lagi ... Oklah Ana nak kena pergi ..jumpa lagi... ASSALAMMUALAIKUM... SENYUM-SENYUM SELALU...
Wednesday, August 22, 2012
Di Bulan Ramadhan Dan Hari Raya
ASSALAMMUALAIKUM Semua , Selamat Hari Raya Maaf zahir Dan Batin . Kali ini Ana nak cakap pasal product SYAHIRAH . Dulu Ana pernah pakai product ini memang amat memuaskan tetapi Ana stop buat sementara dan pada tahun ini bulan Ramadhan Ana mula semula memakai product SYAHIRAH ini .Inilah product SYAHIRAH :
![]()
Dibawah ini gambar Ana sebelom dan sesudah memakai product SYAHIRAH :
Gambar pertama
![]()
Di bawah ini pulak gambar kedua :
![]()
Bagaimana ada beza tak ?
Memakai SYAHIRAH ada langkah-langkahnya . Langkah pertama pakai GEL PENGELUPAS:
![]()
Langkah kedua pakai SKRUB dan PEMBERSIH MUKA :
![]()
Langkah ketiga jangan keringkan muka terus pakai PENYEGAR :
![]()
Langkah keempat pakai KRIM PELEMBAP MUKA:
![]()
Langkah kelima pakai KRIM PEMUTIH :
![]()
Langkah keenam pakai KRIM KECANTIKAN :
![]()
Langkah terakhir untuk membersihkan mekap atau kotoran pakai SUSU PEMBERSIH MUKA :
![]()
. Untuk merapikan rambut yang kering dan bercabang , menanggalkan mekap dan melambapkan bibir pakailah OLIVE OIL :
![]()
OLIVE OIL SYAHIRAH boleh digunakan untuk bayi .
Ok lah sampai disini sahaja Dan Ana disini juga ingin mengucapkan sekali lagi SELAMAT HARI RAYA ADILFITRI kalau Ana ada buat silap atau terkasar bahasa Ana ingin minta MAAF ZAHIR BATIN dan senyum-senyum selalu . ASSALAMMUALAIKUM wr rb
Tuesday, July 24, 2012
KETUPAT
ASSALAMMUALAIKUM SEMUA , Setiap tahun kawan - kawan ibu dan ayah Ana selalu other ketupat dari situ Ana dan Ayah mula menganyamnya dan adik - adik Ana kan merebusnya tetapi oleh kerana 3 tahun ini keluarga Ana sedang sibuk tak dapatlah kita membuat ketupat .. Oklah sampai disini sahaja jumpa lagi ASSALAMMUALAIKUM SEMUA .senyum - senyum selalu
Wednesday, July 11, 2012
Di Melaka
ASSALAMMUALAIKUM SEMUA , Pada tanggal 6/7/2012 Ana, ayah , ibu dan kedua - dua adik ana pergi ke melaka..
Fffuuhh .... Best dah lama Ana tak balik kampong dan dah lama tak jumpa sedara mara kat .. Akhirnya dapat jumpa .. Kita ke sana sebab Anak mak ude ( abang long ) buat majlis jemputan 



Lawakan .. Kat melaka Ana dapat bergambar dengan anak sedara , atok nenek sedara sebelah arwah atok dan sebelah arwah nenek dan bergambar dengan adik sedara ; 
Yang pakai baju kuning adik sedara yang pakai baju putih anak sedara

Yang Ini Adik Ana tengah Dokong anak sedara

Ini pulak atok ngah dan nenek ngah sebelah Arwah atok 
Ini pulak atok ngah dan nenek ngah sebelah arwah nenek . Oklah sampai disini sahaja jumpa lagi ASSALAMMUALAIKUM wr rb .. Senyum - senyum selalu
Sunday, July 1, 2012
Hari Ini Satu Hari Kat Luar
ASSALAMMUALIKUM SEMUA .Hari ini Ana dan adik Ana pagi pagi dah kuar pergi wampoa cc sebab kat sana mengadakan talk.tentang gangstarlizam . It sangat lah amat useful untuk kita . Dah tu petang pulak Ana , ibu Ana , adik Ana dan tunang Ana berjalan -jalan pergi beli durian pergi makan Dah tu kita antar ibu balik yishun . Ni sekarang kita dua beradik aje kat Tampines ok sampai.di sini sahaja jumpa lagi ASSALAMMUALAIKUM SEMUA .Senyum- senyum selalu
Saturday, June 30, 2012
Baru Berlajar Main Gitar
ASSALAMMUALAIKUM SEMUA , hari ini dan semalam Ana belajar main gitar Ana hanya boleh main lagu twinkle twinkle little star , h.pie b.dae dgn lagu mary had a little lamb . Tapi Ana nak belajar main lagu melayu .. Takpe practice make prefecrt .. Oklah sampai di sini sahaja kita jumpa lagi ASSALAMMUALAIKUM wr rb senyum- senyum selalu
Wednesday, June 27, 2012
Tak Sabar Nak Blik Kampong
Pada tanggal 7 julai nanti Ana , Ibu , Ayah dan adik Ana akan balik kampong Di Melaka . Sudah 4 tahun Ana tak balik kampong rasa rindu suasana kampong .. dan rindu sedara - mara kat sana .., makanan kampong fuuh jadi makin tak sabar di buatnya .. dan akhir Abang sedara Ana nak khawin tak sabar nak tengok isterinya mesti comelkan ... Mak Ude , nana datang rindu mak ude .. ikha , akak datang rindu kau .. nanti akak nak pelok ko ehk .. ooh tak leh ehk tak leh takpelah ok lah sampai di sini sahaja lah .. jumpa lagi di lain masa .. ASSAMMUALIAIKUM wr rb .. senyum-senyum selalu
Sunday, June 24, 2012
Di Pengajian Hari ini
ASSALAMMUALAIKUM wr rb semua, Di Pengajian hari ini Ana sangat takut san merasa sangat lah ngeri .. Sebab kita diberi tahu tentang siksaan Neraka .. Bulu Roma Ana berdiri .. oh ... samping itu pun ada nasihat tentang bertudung, ada memberi tahu kita tentang apa nikmatnya bertudung , kenapa kita harus bertudng dan apa kemuliaannya bertudung .. Ana akan akan blog apa telah Ana dapat tahu di pengajian tadi tentang bertudung di blog bertudung menawan .. Ana suka mendengarnya dan Ana berharap anda pun suka bila membacanya nanti .. ok .. sampai disini sahaja . ASSALAMMUALAIKUM wr rb semua .. Oh ya senyum selalu :)
Saturday, June 16, 2012
Pasal Jemputan
Pada tanggal 16/6/2012 Ana dan ibu Ana pergi jemputan . Kita tak tau pun warna tema mereka adalah merah merah jambu jadi Ana pakai lah warna merah jambu dan ibu Ana pakai warna merah sekali bila sampai sana tema jemputan mereka sama warna dengan apa yang Ana dangan ibu Ana pakai oklah sampai disini sahaja jumpa ag .. ASSALAMMUALAIKUM wr rb
Tuesday, June 12, 2012
DI USS
Ini pulak gambar Ana dan Tunang .heheh kesian dia baru lepas kena basah..
Published with Blogger-droid v2.0.4
Di USS
Pada Tanggal 09/06/2012 Ana , adik perempuan Ana , Tunang Ana , kakaknya dan anak- anak sedara nya pergi ke USS . Kita semua having kat sana dan sempat juga kita ambil gambar berposing-posing . Ana juga dapat beli teddy bear dan Ana namakannya fadzil ini lah gambar - gambarnya : Yang ni gambar Ana dan adik perempuan Ana
Published with Blogger-droid v2.0.4
Subscribe to:
Posts (Atom)


